Latar Belakang Gaara

Gaara merupakan anak bongsu Kazekage Keempat. Maka, Gaara ialah adik kepada Temari dan Kankuro. Oleh sebab keadaan Kampung Pasir yang lemah, Kazekage Keempat mengarahkan Chiyo mengunakan sejenis jurus untuk mengurung 'Ichibi' (Satu Ekor), Shukaku dalam Gaara agar anaknya menjadi senjata terkuat Sunagakure. Sebagai akibatnya, ibu Gaara, Karura, mati semasa melahirkan Garaa. Sebelum dia mati, Karura menyumpah Sunagakure dan berharap agar Gaara akan membalas dendam atas kematiannya. Gaara dilatih oleh ayahnya tetapi dijaga oleh pakciknya, Yashamaru. Selama enam tahun, Gaara berasa hanya Yashamaru menyayanginya kerana dia digeruni oleh ahli keluarganya dan penduduk kampung. Apabila Gaara berumur enam tahun, ayah Gaara menyuruh Yashamaru untuk membunuhnya. Kazekage berpendapat bahawa Gaara adalah satu eksperimen yang telah gagal dan bakal menjadi ancaman kepada penduduk kampung lain. Gaara telah mencederakan pembunuh itu dengan parah sebelum menyedari identiti sebenarnya - Yashamaru. Sebelum Yashamaru mati, dia mendedahkan bahawa dia tidak pernah menyayangi Garaa kerana Garaa telah mengakibatkan kematian kakaknya, Karura. Yashamaru juga mendedahkan sumber nama Garaa: 我を愛する修羅, (Ware o ai suru shura, "raksasa yang hanya menyayangi dirinya"). Selama enam tahun yang seterusnya, Gaara menjadi mangsa cubaan pembunuhan yang diperintah oleh ayahnya.